Sunday 7 June 2015
Sunday 8 March 2015
Thursday 26 February 2015
Wednesday 25 February 2015
Tuesday 24 February 2015
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun
1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sitiawan atau dengan nama ringkasnya
SMR. Kumpulan pertama pelajarnya terdiri daripada 153 orang pelajar yang
terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa kerana tiada
bangunan sendiri.
Pada bulan Ogos tahun 1965, sekolah ini
mendapat bangunan sendiri dan mula diduduki dengan bilangan pelajar seramai 397
orang yang menggunakan dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Methodist (ACS). Pada 7 Januari
1966, Mesyuarat Lembaga Tadbir Sekolah yang pertama diadakan. Pada tahun 1967,
pelajar-pelajar kumpulan pertama telah menduduki peperiksaan SRP atau LCG. Pada
20 Jun 1968, YB En. Mohd Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia telah
merasmikan pembukaan sekolah ini.
Apabila tertubuhnya Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Sitiawan, sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ahmad
Boestamam, pelajar-pelajar aliran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah ini dipindah
ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
Pada tahun 1975, dua blok bangunan
tambahan SMR telah siap dibina dan diduduki pada 1 Januari 1976. Kelas-kelas
menengah atas mula dibuka dan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 4 mula
dijalankan. Pada tahun 1981, pelajar-pelajar sekolah ini mula diduduki
peperiksaan SPM buat kali pertamanya.
Tarikh yang paling bersejarah bagi
sekolah ini ialah pada tahun 1983 apabila sekolah ini ditukarkan namanya
daripada Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah Tok Perdana. Nama ini
diambil sempena mengenang jasa dan bakti seorang bekas penghulu yang berkhidmat
di bandar Sitiawan pada awal abad ke 20 ini.
Sekolah ini terus berkembang maju
sehingga mampu mengadakan kelas Tingkatan 4 Sains mulai tahun 1988. Manakala jumlah
pelajarnya meningkat sehingga kepada 1051 orang (496 pelajar lelaki dan 555
pelajar perempuan). Masa terus berlalu, pengetua dan guru-guru juga silih
berganti namun sekolah ini tetap berkembang maju terutamanya dalam bidang
ko-kurikulum.
PENGETUA-PENGETUA SMKTP
1. En. K. Baskaran( 1965-1980 )
2. En. Ismail b. Zakaria ( 1980-1982 )
3. Tn. Hj. Yusra b. Abdul Haddad (
1982-1984 )
4. Tn. Hj. Adnan b. Mohammad ( 1984-1987
)
5. Tn. Hj. Samsuddin b. Hj. Abdul Hamid
( 1987-1988 )
6. En Yaacob b. Abdul Hamid ( 1988-1989
)
7. Tn. Hj. Hussain b. Hj. Harun PPT (
1990-1995 )
8. Tn. Hj. Othman b. Mahmud (
1996-1.7.1996 )
9. En. Mohd Shukor b. Shariff (
1996-1997 )
10. Pn. Kasthooribai a/p Ramanathan (
1997-1998 )
11. En. Sukhdev a/l Jeswant Rai (
1998-4.9.1998 )
12. En. Ahmad Murad b. Abdul Manaf (
1998-2001 )
13. Tn. Hj. Mohd Arshad AMP b. Hj,
Ghazali ( 2001-2005 )
14. Tn. Hj. Shaifuddin bin Hj. Masduki (
2006 - 2010 )
15. Pn. Hjh. Robiah binti Yaakob ( 2011
hingga 2015 )
16. En. Ibrahim bin Abdullah Thani (
2015 hingga sekarang )
Subscribe to:
Posts (Atom)